Pembunuhan Caesar dan akibat Marcus_Junius_Brutus

Seorang yang bersifat konservatif, Brutus tidak pernah menyembunyikan keyakinannya. Bagaimanapun, beliau kini dipercayai merupakan seorang pejuang kebangsaan serta penyokong yang kuat kepada kawan-kawan keturunannya. Brutus berkahwin dengan Porcia Catones yang merupakan saudara sepupunya dan anak perempuan kepada Cato, dan menulis sebuah teks yang memujikan sifat-sifat mendiang bapa mertuanya. Caesar amat menyayangi Brutus dan amat menghormati pendapat-pendapatnya. Bagaimanpun, Brutus, bersama-sama dengan banyak senator yang lain, berasa amat tidak puas dengan keadaan Republik. Caesar telah dijadikan diktator untuk sepanjang hayat dan telah meluluskan undang-undang untuk menumpukan kuasa pada dirinya. Brutus bermula untuk berkomplot terhadap Caesar bersama-sama dengan kawan dan adik iparnya, Cassius, serta orang-orang yang lain, dan memanggil kumpulan mereka sebagai Liberatores ("Pembebas").

Tidak lama selepas pembunuhan Caesar, Brutus bertemu dengan pengkomplot-pengkomplotnya dan memberitahu mereka bahawa, jika komplot mereka terbocor, mereka harus membunuh diri. Pada 15 Mac 44 SM (sila lihat takwim Rom), sekumpulan senator menjemput Caesar ke sebuah forum untuk tujuan membaca petisyen yang ditulis oleh senator-senator. Petisyen itu meminta Caesar untuk mengembalikan kuasanya kepada Senat. Bagaimanapun, petisyen itu adalah palsu. Setelah mengetahui komplot itu, Mark Antony cuba menghalang Caesar di tangga forum, akan tetapi sekumpulan senator memintas Caesar ketika beliau melewati Teater Pompey, dan mengarahkannya ke sebuah bilik yang bersebelahan dengan porsio timur.

Ketika Caesar bermula membaca petisyen yang palsu itu, salah satu senator yang bernama Servilius Casca menarik tunik Caesar dan menikam lehernya. Dalam beberapa ketika, seluruh kumpulan, dan akhir sekali Brutus, menyerangnya. Caesar cuba melarikan diri, tetapi disebabkan beliau dibutakan oleh darah, tersandung dan jatuh; golongan itu kemudian membunuhnya ketika beliau berbaring tanpa berupaya mempertahankan diri di tangga bawah portiko.

Dalam drama Julius Caesar oleh Shakespeare, Caesar menujukan perkataan-perkataan terakhirnya kepada Brutus: Tu quoque, Brute, fili mi ("Engkau juga, Brutus, anak ku?") atau Et tu, Brute ("Dan engkau [juga], Brutus?"). Suetonius menyatakan bahawa Caesar berkata dalam bahasa Yunani, "καὶ σύ, τέkνον;" (ditransliterasikan sebagai "Kaì sú, téknon?", iaitu "Engkau juga, anakku?") (De Vita Caesarum, Liber I Divus Iulius, LXXXII). Tidak lama selepas pembunuhan Caesar, senator-senator itu meninggalkan bangunan dan berbual-bual antara satu sama lain dengan teruja, dan Brutus bersorak kepada kota yang disayangi: "Orang-orang Rom, kita bebas sekali lagi!"

Bagaimanapun, kota itu menentang mereka kerana kebanyakan penduduk amat menyayangi Caesar. Antony, seorang kawan rapat Caesar, memutuskan untuk mempergunakan keadaan ini dan pada 20 Mac memarahkan pembunuh-pembunuh Caesar semasa eulogi pengebumian. Oleh sebab Rom tidak melihatkan mereka sebagai penyelamat Republik dan mereka menghadapi tuduhan pengkhianatan, Brutus dan pengkomplot-pengkompotnya melarikan diri ke Timur. Di Athens, Brutus menumpukan masanya untuk membelajari falsafah, dan tidak kurang penting, memungut wang untuk membentukkan seangkatan tentera untuk perang kuasa yang akan datang.

Octavian dan Antony memimpin angkatan tentera mereka berkawat menghadapi Brutus dan Cassius. Selepas pertempuran pertama di Philippi pada tahun 42 SM, Cassius membunuh diri, dan pada pertempuran kedua, Brutus melarikan diri dengan angkatannya yang masih tinggal. Melihatkan bahawa penewasan dan penangkapannya pasti akan datang, beliau membunuh diri.